Kementerian Pertahanan bertahlil di Kubah Makam Diraja



Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Pg. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman





BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Mac. - Kementerian Pertahanan petang tadi mengadakan Majlis Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.


Majlis berlangsung di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini.


Hadir mengetuai rombongan Kementerian Pertahanan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof.


Turut hadir, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), serta pegawai-pegawai dan warga Kementerian Pertahanan. 


Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis keagamaan tahunan berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Ihya Ramadan Kementerian Pertahanan bagi mengimarahkan lagi bulan suci Ramadan yang penuh keberkatan, di samping pelbagai kegiatan keagamaan lain yang dilaksanakan sepanjang bulan berkenaan.


Close